GAZA: Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara.
Serangan berlaku sejurus selepas tamatnya jeda kemanusiaan sementara selama tujuh hari yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Agensi Berita WAFA melaporkan, dua bayi perempuan terkorban akibat serangan udara Israel di kawasan Assqoula dan Shujaeya di Bandaraya Gaza.
Kira-kira 20 orang awam cedera dalam serangan udara dan mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Ahli Baptist.
Dalam kejadian berasingan, empat rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza.
Sementara itu, Israel melancarkan beberapa serangan menyasarkan rumah orang awam di barat Bandaraya Gaza dan beberapa kawasan lain.
Kawasan barat Bandaraya Gaza, khususnya Al-Nasr, Tal Al-Hawa, Sheikh Radwan dan kawasan Sheikh Ajleen, antara yang menjadi sasaran tembakan dan bom Israel.
Israel turut melakukan serangan udara ke atas bandar Abasan di timur Khan Yunis di selatan Gaza serta mengebom timur Governorat Pusat dan Khan Yunis di selatan.
Serangan laut dan meriam juga dilaporkan di sepanjang pantai Bandaraya Gaza, Nuseirat, Zawayda dan kawasan timur dan barat di tengah Gaza.
Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk Palestin termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan lebih 3,000 wanita terbunuh sejak bermulanya kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza pad 7 Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Serangan berlaku sejurus selepas tamatnya jeda kemanusiaan sementara selama tujuh hari yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat. - Gambar fail/AP
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.