RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye pada Isnin menuduh Israel mengenakan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, lapor Xinhua.
Beliau membuat kenyataan itu berikutan beberapa siri serangan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka di beberapa kawasan di Tebing Barat.
"Bandar Huwara dan kampung-kampung di selatan Nablus di bahagian utara Tepi Barat dan beberapa kawasan lain sekali lagi telah menjadi sasaran dalam tempoh dua hari lalu," kata Ishtaye dalam satu kenyataan.
Beliau berkata bahawa "hukuman kolektif dan semua pencerobohan berulang terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat akan meningkatkan kekuatan dan keazaman mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan."
Ishtaye mengecam tuntutan beberapa pendatang dan pelampau Yahudi untuk menghapuskan Huwara, yang berlaku selepas kejadian tembakan mengorbankan dua warga Israel di bandar itu pada petang Sabtu.
Pada hari Isnin, pertempuran sengit meletus di Huwara dan beberapa kampung di selatan Nablus antara berpuluh-puluh rakyat Palestin dan tentera Israel. Berpuluh-puluh orang maut selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera, menurut pakar perubatan Palestin.
Pertempuran berlaku apabila tentera Israel menyerbu beberapa rumah dan kedai dan mengetatkan langkah ketenteraan mereka berhampiran Nablus, mendakwa mereka sedang mencari pelaku serangan.
Sejak Januari, 33 orang, kebanyakannya warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin, dan lebih 200 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera dan pendatang Israel, menurut angka rasmi.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Anggota tentera Israel mengawal kawasan Hebron di Tebing Barat. - Foto AP
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Israel laksana hukuman kolektif ke atas Palestin di Tebing Barat - PM Palestin
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye menuduh Israel mengenakan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
PM Palestin gesa PBB laksana inisiatif baharu untuk keamanan di Timur Tengah
Ishtaye membuat kenyataan itu dalam mesyuarat maya anjuran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Barat di New York.
Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis langgar undang-undang antarabangsa - PM Palestin
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis "adalah melanggar undang-undang antarabangsa".
Hanya "penyelesaian dua negara" mampu tamatkan konflik Israel-Palestin - PM Palestin
Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution adalah satu-satunya cara menamatkan konflik Israel-Palestin, tegas Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye.