RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Lula da Silva sekali lagi menegaskan bahawa Israel telah melakukan "genosid" terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Bercakap pada satu acara di Rio de Janeiro semalam, Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."
"Beribu-ribu kanak-kanak terbunuh, ribuan lagi hilang. Bukan tentera yang terbunuh, tetapi wanita dan kanak-kanak. Jika ini bukan dikatakan genosid, saya tidak tahu apa maksud sebenar genosid".
Awal bulan ini, da Silva menyifatkan apa yang dilakukan rejim itu di Gaza sama seperti Holocaust Nazi semasa Perang Dunia II.
Bercakap kepada media di luar sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18 Feb, beliau berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan tetapi genosid.
Beliau menyifatkan apa yang terjadi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Berikutan kenyataan itu, Brazil memanggil pulang dutanya ke Tel Aviv pada hari berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak." - Reuters
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Pertubuhan Rohingya beri amaran peningkatan genosid di Myanmar
Situasi di Rakhine merosot dengan ketara selepas pertempuran meletus semula sejak November lepas antara Tentera Arakan dan junta tentera di Myanmar.
Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terk
Malaysia alu-alukan langkah tambahan bagi hentikan genosid di Gaza
Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas Israel dan meminta ia memenuhi obligasinya.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza
Beliau juga tegaskan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza - Presiden Brazil
Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."
Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel
Bandar-bandar dan kem pelarian di tengah Gaza menjadi sasaran serangan dengan ramai orang awam.
EU desak Israel patuh keputusan ICJ
Suruhanjaya Eropah mendesak Israel supaya mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi amaran kepada negara Yahudi itu.
ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata
Ahmad Fahmi berkata tindakan tegas itu mencerminkan komitmen majoriti warga dunia terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kemanusiaan.
Tebing Barat turut jadi medan sasaran pembunuhan beramai-ramai oleh Israel
Jenayah kejam Israel melibatkan pembunuhan berama-ramai kini menjadi-jadi setiap hari di bandar-bandar Palestin sejak 7 Okt lalu.