awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan

Agensi
Agensi
27/11/2024
01:00 MYT
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel melancarkan satu serangan udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa selepas rejim Zionis itu mengeluarkan amaran di X. - Gambar Reuters
BEIRUT: Israel melancarkan satu serangan udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa selepas rejim Zionis itu mengeluarkan amaran di X.
Susulan serangan itu, anggota kecemasan memeriksa kerosakan di lokasi dengan melakukan pemeriksaan di atas runtuhan di sepanjang jalan raya berhampiran bangunan.
Dalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Israel dan Lubnan telah menerima perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran dengan pasukan pejuang Hezbollah.
Perjanjian itu, kata beliau, akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan sudah bersedia melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan dan akan memberi tindak balas tegas terhadap sebarang pelanggaran oleh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.
Netanyahu berkata, beliau akan membentangkan perjanjian gencatan senjata itu kepada Kabinet pada Rabu, sementara stesen televisyen Israel melaporkan Kabinet keselamatan yang terhad telah meluluskan perjanjian tersebut sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#rejim Zionis
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan