TEL AVIV: Kenyataan kontroversi Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett yang menolak campur tangan dalam pengurusan hal ehwal Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis telah mengundang kemarahan Jordan dan Palestin.
Pendirian beliau dilihat sebagai penafian terhadap perjanjian damai Israel-Jordan pada 1994 yang memberi Amman peranan untuk menguruskan dan menyelia kesucian Islam dan Kristian di kota lama tersebut.
“Kami tolak sebarang campur tangan asing,” katanya ketika beliau menarik balik perjanjian tersebut yang turut melarang pencerobohan bangsa Yahudi di pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) yang menjadi punca utama konflik di kota suci itu.
Menurutnya, keputusan tentang al-Aqsa dan Baitulmaqdis akan diambil oleh rejim Tel Aviv.
Menerusi ucapan pembukaan sesi Kabinet pada Ahad, Bennett juga menyatakan Israel kononnya akan terus mengekalkan layanan hormat terhadap semua agama di Baitulmaqdis.
Sebagai respons, Jawatankuasa Palestin Parlimen Jordan bertindak menyelar kenyataan perdana menteri berkenaan yang menyentuh isu kedaulatan ke atas al-Aqsa yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
“Anda jangan cuba untuk menguji kesabaran dua bilion orang Islam di seluruh dunia. Ia adalah cubaan untuk mencetuskan konflik agama dan satu bentuk ‘rampasan’ terhadap realiti bersejarah al-Aqsa dan Baitulmaqdis,” jelasnya.
Difahamkan, pegawai di Amman dan Tel Aviv bersetuju untuk mengadakan pertemuan selepas Ramadan untuk membincangkan pengaturan sekitar al-Aqsa, namun tiada tarikh atau butiran tentang mesyuarat itu telah ditetapkan sehingga kini.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian damai Israel-Jordan tersebut, ia bersetuju mengekalkan peranan Amman sebagai ‘penjaga’ di kompleks berkenaan dan bersetuju untuk bekerjasama mengeratkan tiga agama monoteistik, komitmen moral, kebebasan beribadat, toleransi serta keamanan. - Agensi
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 10 2022
Bennett tolak campur tangan dalam hal ehwal pengurusan al-Aqsa. - Foto AP
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Israeli Bennett tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang
Bennett berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri "tidak lama lagi".
Israel rampas 'hak penjaga' Masjid al-Aqsa
Pendirian beliau dilihat sebagai penafian terhadap perjanjian damai Israel-Jordan pada 1994.
Ketegangan Israel-Palestin: Naftali Bennet adakan perbincangan dengan Guterres
Bennett menyatakan kekecewaannya apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar
Anggota-anggota bomba dibantu pesawat bagi memadamkan kebakaran ketika asap kelihatan menjulang ke udara.
Netanyahu serah kuasa tanpa upacara khas
Pemimpin pembangkang sayap kanan Benjamin Netanyahu enggan mengadakan upacara penyerahan kuasa kepada penggantinya.
Naftali Bennett perdana menteri baharu Israel, akhiri penguasaan 12 tahun Netanyahu
Naftali Bennett mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu pada Ahad selepas memenangi undi percaya dengan 60 ahli parlimen menyokong dan 59 lagi menentang.
Kebakaran besar di Israel 'tindakan pengganas' - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata ada kemungkinan kebakaran disengajakan dan ia akan dianggap sebagai tindakan pengganas.