awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Israeli Bennett tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang

Bernama
Bernama
30/06/2022
04:51 MYT
PM Israeli Bennett tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang
Sejak tahun lalu, Bennet (tengah) berdepan serangan peribadi dan percubaan berterusan untuk menggulingkan kerajaannya, diketuai bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu. - REUTERS
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel Naftali Bennett mengumumkan pada Rabu bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kerajaan gabungannya telah tumbang selepas setahun memerintah.
Bennett berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri "tidak lama lagi" dan menyerahkan jawatan kepada Menteri Luar Yair Lapid selepas parlimen Israel mengundi untuk meluluskan rang undang-undang pembubaran parlimen pada Khamis, lapor Xinhua.
"Saya akan terus membantunya sebagai perdana menteri gantian," kata Bennett, dan proses penyerahan jawatan akan dilakukan "secara profesional dan teratur".
Ayelet Shaked, menteri dalam negeri Israel dan anggota parti Yamina di bawah pimpinan Bennett akan menggantikannya sebagai ketua parti itu.
Sejak tahun lalu, beliau berdepan serangan peribadi dan percubaan berterusan untuk menggulingkan kerajaannya, diketuai bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu.
Bennett mengetuai gabungan lapan parti pelbagai ideologi, bersatu dengan tujuan menggulingkan Netanyahu yang berdepan pertuduhan jenayah atas kesalahan rasuah.
Sebelum ini akhbar Israel melaporkan bahawa Bennett sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana didesak penyokongnya untuk kekal dalam kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Israel
#Naftali Bennett
#pilihan raya
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan