awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel secara sistematik nafi akses bantuan ke utara Gaza

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2024
23:45 MYT
Israel secara sistematik nafi akses bantuan ke utara Gaza
Anggota tentera Israel mengawal lintasan Kerem Shalom ketika trak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza memasuki Palestin. - Foto AP
GAZA: Ketua Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di Palestin, Adrea de Domenico mendakwa pihak berkuasa Israel secara sistematik menafikan akses ke utara Gaza untuk penghantaran bantuan.
Larangan ini mengekang operasi kemanusiaan di kawasan itu.
"Kami tidak akan melupakan wujudnya sekitar 300,000 ke 400,000 penduduk di utara gaza. Operasi kami di kawasan ini semakin sukar. Kami secara sistematik dinafikan akses untuk memasuki kawasan itu.
"Dalam keadaan biasa, kami akan memaklumkan pihak terlibat mengenai operasi penghantaran kami. Tetapi dalam hal ini, kami terpaksa mengkordinasi kerana wujud pusat pemeriksaan yang menyebabkan kami tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki kawasan itu," katanya.
De Domenico mendakwa, Israel bimbang dengan bekalan minyak dan barangan lain yang mungkin akan diperoleh Hamas.
Ini menyebabkan mereka enggan membenarkan penghantaran bantuan ke hospital di utara Gaza.
Setakat ini, OCHA tidak dibenarkan memasuki Jabalia dan hanya dibenarkan menghantar bekalan minyak yang terhad kepada Hospital Al Shifa.
Sejak tercetus perang 7 Oktober lalu, penghantaran bantuan ke utara Gaza semakin terhad dan kawasan itu terputus hubungan dengan bantuan luar sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#OCHA
#penghantaran bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan