awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel semakin gila, bedil masjid di Tebing Barat pula

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
03:55 MYT
Israel semakin gila, bedil masjid di Tebing Barat pula
Beberapa penduduk memeriksa kesan kemusnahan di bahagian bawah tanah Masjid al-Ansar. - Gambar/ Reuters
ISRAEL meneruskan serangan membabi buta apabila ia menyasarkan sebuah masjid di Tebing Barat pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya satu nyawa manakala tiga lagi cedera pada awal pagi Ahad.
Rejim Zionis dalam satu kenyataan memaklumkan Masjid al-Ansar tersebut didakwa menjadi pusat perintah kumpulan pejuang Palestin.
"Maklumat risikan yang diterima mengesahkan 'pengganas' yang terlibat mengatur serangan sejak beberapa bulan lalu terbunuh dalam operasi itu," jelas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.
IDF turut mengeluarkan imej kononnya menunjukkan pintu masuk ke bahagian kubu bawah tanah masjid berkenaan selain gambar rajah memaparkan tempat simpanan senjata.
Sementara itu, rakaman yang menjadi tular di media sosial menunjukkan masjid berkenaan mengalami kemusnahan teruk akibat bedilan tersebut.
Pengarah Pasukan Palang Merah di Jenin, Mahmoud al-Saadi memaklumkan beberapa ambulans turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan, ia adalah serangan udara kedua menggegar Tebing Barat sejak konflik Hamas-rejim Zionis semakin meningkat.
Sekurang-kurangnya 84 penduduk Palestin di wilayah itu maut di tangan tentera Israel dan pelampau Yahudi sejak peperangan itu bermula 7 Oktober lalu.
Kem pelarian Jenin yang didiami waris pelarian Palestin yang diusir dari kampung halaman mereka ketika penubuhan negara haram Israel pada 1948 telah menjadi sasaran utama operasi ketenteraan IDF sejak Julai lalu. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#serangan Israel
#majis
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan