awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera

Agensi
Agensi
03/10/2024
22:30 MYT
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Halevi berkata, tenteranya "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu. - Gambar fail AP
TEL AVIV: Tentera Israel berikrar akan terus menyerang sasaran pasukan pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Beirut, Lembah Bekaa dan selatan Lubnan.
Menurut Ketua Staf Am Angkatan Pertahanan Israel, Herzi Halevi, tenteranya "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Halevi berkata, mengembalikan penduduk berhampiran sempadan ke rumah mereka "bermaksud memusnahkan infrastruktur pengganas yang telah dibina Hezbollah berhampiran sempadan supaya mereka boleh menyerbu komuniti kami dan membunuh orang awam Israel apabila diberi arahan."
“Kami sangat berazam untuk memusnahkan infrastruktur ini dan menghapuskan sesiapa yang hadir di sana. Kami tidak akan membenarkan Hezbollah bertapak di tempat-tempat ini,” kata pemimpin tertinggi tentera Israel itu lagi.
Israel menuduh Hezbollah menyembunyikan kemudahan senjata di bawah bangunan kediaman di Beirut, sementara pemimpin politik Israel semakin menentang seruan antarabangsa untuk menahan diri dan kemarahan terhadap korban awam yang semakin meningkat di Lubnan dan Gaza.
Halevi berkata dalam mesej videonya bahawa tentera Israel "lebih bersedia dan terlatih berbanding sebelum ini, dengan pengalaman daripada operasi di Gaza dan kelebihan mereka dalam arena pertempuran adalah jelas." - Agensi
Topic Berkaitan
#Israel serang Lubnan
#Hezbollah
#perang di Lubnan
#Herzi Halevi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan