awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri mendiang pemenang Nobel sedia untuk mati sebagai tanda protes

Agensi
Agensi
04/05/2018
05:23 MYT
Isteri mendiang pemenang Nobel sedia untuk mati sebagai tanda protes
Walaupun tidak mempunyai apa-apa rekod kesalahan, Liu Xia tetap dilarang untuk meninggalkan negara itu. - Foto REUTERS/Petar Kujundzic
LIU XIA, janda kepada mendiang Pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaboo sudah ‘bersedia’ untuk meninggal dunia di kediamannya.
Ini kerana Liu Xia yang merupakan seorang penyair mengalami kemurungan teruk selepas ditahan di rumahnya sendiri sejak 2010 sejurus selepas suaminya dianugerahkan Hadiah Nobel.
Walaupun tidak mempunyai apa-apa rekod kesalahan, Liu Xia tetap dilarang untuk meninggalkan negaranya.
Menurut laporan portal South China Morning Post yang memetik perbualan di antara Liu Xia dan rakannya, dia sekarang sudah tidak mempunyai apa-apa lagi dan rela mati di rumahnya.
“Tiada apa yang saya takutkan sekarang, jika saya tidak dibenarkan keluar dari negara (China), lebih baik saya mati sahaja,” katanya.
Lapor media tempatan itu lagi, kerajaan Jerman masih tiada kata putus untuk membawa Liu ke negara itu dan masih berbincang dengan kerajaan China untuk membantu mengubati penyakit yang dialami Liu.
Terdahulu, media melaporkan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaboo meninggal dunia Julai tahun lalu ketika dalam tahanan penyakit barah.
Susulan berita penyakit barah yang dihidapi Liu Xiaboo, kerajaan China dikritik hebat pihak antarabangsa berhubung rawatan yang diberikan kepada pejuang demokrasi itu dan isterinya.
Topic Berkaitan
#China
#Liu Xia
#Liu Xiaboo
#meninggal dunia
#Pemenang Hadiah Nobel Keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan