awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan bersuara sokong Palestin

Agensi
Agensi
29/10/2023
20:00 MYT
Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan bersuara sokong Palestin
Menurut Emine, perhimpunan ini mewakili suara dari Istanbul untuk para ibu di Gaza, kanak-kanak dan semua jeritan tidak didengari penduduk- Foto Instagram/Recep Ta
ISTANBUL: Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang Palestin-Israel pada Sabtu.
Menurut Emine, yang berkongsi hantaran sesi Pertemuan Besar Palestin di Istanbul semalam, perhimpunan ini mewakili suara dari Istanbul untuk para ibu di Gaza, kanak-kanak dan semua jeritan tidak didengari penduduk yang tidak bersalah.
"Kita akan terus bersuara tentang kemanusiaan, hati nurani,dan belas kasihan hingga penindasan Israel berhenti dan kita akan melihat kanak-kanak bermain dengan selamat di Gaza.
' Pada hari itu, hati dan fikiran kita juga akan mendapat ketenangan. Sehingga itu, kita akan terus berdiri bersama rakyat Palestin," katanya.
Dalam pada itu, Emine mengharapkan rahmat Allah kepada mereka yang terkorban dan mangsa yang cedera dalam serangan, agar cepat pulih.
Ribuan orang menyertai Pertemuan Palestin Besar pada Sabtu yang membawa bendera Turki dan Palestin, berkumpul di Lapangan Terbang Ataturk.
Beberapa daripada mereka memakai penutup kepala dengan tulisan: "Kita semua bersama Palestin," "Hentikan pembersihan etnik, biarkan kanak-kanak hidup," dan "Jadilah suara kanak-kanak Palestin".
Kementerian Kesihatan di Wilayah Gaza menyatakan bahawa serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 7,703 orang, dengan majoriti daripada mereka adalah orang awam dan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#perhimpunan
#Emine Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan