awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei

Bernama
Bernama
15/07/2024
21:30 MYT
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Sultan Hassanal Bolkiah memeriksa perbarisan anggota tentera dan anggota beruniform jabatan kerajaan dan persatuan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, 15 Julai 2024. - Foto pelitabrunei.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN: Siri acara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78 dimulai dengan Istiadat Barisan Kehormatan yang berlangsung di sini pada Isnin, lapor Xinhua.
Istiadat itu berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan, ibu kota Brunei, di mana para pembesar negeri, pemimpin akar umbi, dan tetamu terhormat lain semuanya berpakaian tradisional semasa hadir dalam perbarisan itu.
Perbarisan anggota tentera daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan anggota beruniform jabatan kerajaan dan persatuan diperiksa oleh Sultan Hassanal Bolkiah semasa istiadat itu, menurut laporan akhbar tempatan Borneo Bulletin.
Terdapat banyak aktiviti yang dirancang untuk sambutan ulang tahun keputeraan baginda, termasuk majlis ramah mesra dan majlis Junjung Ziarah tradisional bersama rakyat dari keempat-empat daerah di Brunei, kata laporan itu.
Brunei adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak di Asia Tenggara dan terletak di Pulau Borneo, dengan populasi lebih 450,000 orang dan tahap kebajikan sosial yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brunei
#Ulang Tahun Keputeraan
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Istiadat Barisan Kehormatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan