awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu skandal seks: Psy mengaku berkawan dengan Jho Low

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2019
09:42 MYT
Isu skandal seks: Psy mengaku berkawan dengan Jho Low
Menurut Psy, sama ada ya atau tidak, ahli perniagaan Jho Low memang rakannya melalui kenalan dalam industri hiburan. - Gambar Twitter @soompi
PERSAHABATAN di antara selebriti K-pop, Psy dan ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan, Jho Low telah menjadi buah mulut orang ramai selepas nama mereka dipetik oleh sebuah syarikat program televisyen, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menerusi program "Straight."
Sebelum ini, "Straight" pernah melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, Yang Hyun Suk dan beberapa orang ternama daripada syarikat produksi itu didakwa membekalkan pelacur bagi dua pelabur Asia Tenggara pada bulan Julai 2014.
Bagaimanapun, jurucakap Jho Low menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ahli perniagaan itu antara salah seorang pelabur yang dipersoalkan.
Namun begitu, jurucakap berkenaan mengakui Jho Low dan Psy berkawan.
Psy sememangnya pula sudah lama mengenali Yang Hyun Suk dan nama Jho Low dikaitkan dalam pertemuan itu atas sebab penyanyi lagu fenomena "Gangnam Style" itu enggan imejnya tercalar.
Bimbang reputasinya tercemar, Psy membuat keputusan memuat naik kenyataan mempertahankan dirinya di laman Instagram pada Rabu dengan menegaskan Jho Low adalah rakannya.
Berikut kenyataan Psy yang dipetik dari Instagram peribadinya:
“Helo. Ini Psy.
"Memang benar bahawa Jho Low yang disebut dalam berita itu adalah kawan saya. Apabila saya tahu (Jho Low) pada masa itu, beliau telah menjadi orang yang aktif dalam industri perniagaan pameran Hollywood.
"Saya mengenali dia kerana aktiviti luar negara pada masa itu, dan saya memperkenalkan Jho Low kepada Yang Hyun Suk.
"Tidak kira sama ada dia kawan baik atau tidak, itu adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan bahawa saya berkawan dengan Jho Low.
"Apabila Jho Low dan beberapa pihaknya melawat Korea sebagai sebahagian daripada jelajah Asia mereka, Yang Hyun Suk dan saya telah dijemput menghadiri makan malam.
"Selepas makan dan minum dengan orang lain yang telah dijemput, Yang Hyun Suk dan saya menjadi orang yang pertama meninggalkan majlis tersebut.
"Pada masa itu, saya hanya menganggap makan malam sebagai pertemuan dengan kawan-kawan yang berasal dari negara jauh.
"Saya memohon maaf kerana kesulitan yang saya telah lakukan dengan perkara ini.”
View this post on Instagram
안녕하세요 싸이입니다. 보도에서 언급된 조로우는 저의 친구가 맞습니다. 제가 그를 알았을 당시에 그는 헐리웃 쇼비즈니스 분야에서 활발히 활동하던 사람이었습니다. 저의 해외 활동 시기가 맞물려 알게되었고 제가 조로우를 양현석형에게 소개하였습니다. 지금에 와서 그가 좋은 친구였는지 아니었는지를 떠나서 제가 그의 친구였다는 점은 명백한 사실입니다. 조로우와 일행들이 아시아 일정 중 한국에 방문했을 때 그들의 초대를 받아 저와 양현석 형이 참석했습니다. 초대된 다른 사람들과 함께 식사를 하고 술을 함께한 후 저와 양현석형은 먼저 자리를 일어났습니다. 당시로서는 먼나라에서 온 친구와의 자리로만 생각했습니다. 이번 건으로 여러분들께 심려를 끼쳐드린 점 죄송합니다.
A post shared by PSY (@42psy42) on
May 29, 2019 at 4:42am PDT
BACA: Polis ada petunjuk positif keberadaan Jho Low - KPN Abdul Hamid
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Kpop
#Munhwa Broadcasting Corporation MBC
#PSY
#Straight
#Yang Hyun-suk
#YG Entertainment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan