awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Negara AS lulus penjualan senjata kepada Arab Saudi, UAE

Bernama
Bernama
03/08/2022
04:59 MYT
Jabatan Negara AS lulus penjualan senjata kepada Arab Saudi, UAE
Sistem pertahanan misil antibalistik THAAD dipamerkan pada acara Made in America di pekarangan White House, 15 Julai 2019, di Washington. -Gambar fail/AP
HOUSTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan penjualan senjata kepada dua rakan kongsi utama Timur Tengahnya bernilai lebih US$5 bilion.
Di bawah syarat perjanjian pertama, Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai US$3.05 bilion, lapor Agensi Anadolu.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula membeli peluru berpandu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) bernilai AS$2.25 bilion.
Menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), di bawah cadangan perjanjian dengan Arab Saudi akan membantu menambah stok peluru berpandu Patriot yang "semakin susut," dan membekalkan 300 senjata baharu.
"Peluru berpandu itu digunakan untuk mempertahankan sempadan Kerajaan Arab Saudi dan serangan peluru berpandu balistik di tempat awam dan infrastruktur penting di Arab Saudi," menurut kenyataan DSCA.
UAE akan menerima dua stesen kawalan pelancaran THAAD, dua stesen operasi taktikal THAAD dan 96 peluru berpandu di bawah perjanjian yang dicadangkan itu.
AS juga sedang dalam proses kembali ke meja rundingan dengan Iran berhubung perjanjian nuklear 2015.
AS menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018 di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, tetapi Presiden Joe Biden mungkin akan menyertai semula perjanjian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Negara Amerika Syarikat
#penjualan senjata
#peluru berpandu Patriot
#Arab Saudi dan UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan