awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabing: Kes cabar penghakiman berlangsung hari ini

Bernama
Bernama
18/05/2016
23:53 MYT
Jabing: Kes cabar penghakiman berlangsung hari ini
Peguam Jabing, Gino Hardial Singh memfailkan permohonan itu atas alasan berat sebelah. - Gambar fail
Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan yang difailkan peguam Jabing Kho bagi mencabar penghakiman mahkamah yang menjatuhkan hukuman gantung terhadap anak kelahiran Sarawak itu, hari ini (Khamis).
Mengikut laman web mahkamah itu, prosiding akan diadakan pada pukul 2.30 petang di hadapan Hakim Chao Hick Tin, Andrew Phang, Woo Bih Li, Lee Seiu Kin dan Chan Seng Onn.
Dilaporkan peguam Jabing, Gino Hardial Singh memfailkan permohonan itu atas alasan berat sebelah berikutan hakim Mahkamah Rayuan, Phang turut terlibat dalam kes itu Mahkamah Tinggi pada 2010 dan sekali lagi pada 2013.
Keluarga Kho telah menerima surat daripada Jabatan Penjara Singapura minggu lepas yang menyatakan Jabing akan menjalani hukuman gantung, Jumaat ini.
Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, Jabing, 31, dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga Cina dalam cubaan rompakan di Geyland Drive di sini pada 2008.
Pada 2013, seorang hakim Mahkamah Tinggi telah mengubah hukuman ke atasnya kepada hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan susulan kajian semula undang-undang mati mandatori di Singapura.
Bagaimanapun, pendakwa raya mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan, mahkamah tertinggi Singapura. Mahkamah itu kemudian membenarkan rayuan pendakwa raya dan mengembalikan hukuman matinya pada Januari 2015.
Kemudian Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhirnya pada 5 April lepas.
Topic Berkaitan
#bunuh warga China
#hukum gantung
#kelahiran Sarawak
#Kho Jabing
#Mahkamah Rayuan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan