AUCKLAND:Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu pada Sabtu.
Kebanyakan undi sudah dikira dan Parti Buruh Ardern telah memenangi 49 peratus undi dan dijangkakan beliau akan menang dengan mendapat majoriti mutlak dalam Parlimen negara itu - sesuatu yang jarang berlaku.
Parti lawan yang hanya mendapat 27 peratus undi telah mengakui kekalahan mereka walaupun kiraan masih belum berakhir.
Undian yang pada awalnya dijadualkan pada bulan September ditunda sebulan selepas wabak COVID-19 melanda negara itu.
Pengundian bermula pada jam 9 pagi waktu tempatan dan ditutup pada pukul 7 petang.
Lebih daripada sejuta pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam pengundian awal yang dibuka pada 3 Oktober lepas.
Kecemerlangan Ardern mengawal penularan COVID-19 di negara itu dikatakan menjadi faktor utama beliau memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.
Semasa kempen baru-baru ini, Ardern disambut bagaikan bintang apabila masuk ke pusat beli belah di mana ramai orang berswafoto dengannya.
Popularitinya melonjak awal tahun ini setelah berjaya memimpin usaha melawan COVID-19 tatkala banyak negara lain terjejas teruk.
Pada masa ini, tiada penyebaran virus dalam kalangan komuniti direkodkan di negara yang mempunyai populasi penduduk seramai lima juta orang itu.
Penduduk di negara itu juga kini tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka atau menjaga penjarakan fizikal.
Agensi
Sat Oct 17 2020
Kebanyakan undi sudah dikira dan Parti Buruh Ardern telah memenangi 49 peratus undi. - Gambar REUTERS
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.
New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.
Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.
Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.
Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
Ia adalah kerjasama ekonomi antara tiga negara, memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan.
Malaysia, New Zealand zahir kebimbangan situasi kemanusiaan di Gaza
Malaysia dan New Zealand hari ini melahirkan kebimbangan serius terhadap situasi kemanusiaan di Gaza.