awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAA arah syarikat penerbangan berhati-hati terbang di atas Mexico, Amerika Tengah dan Selatan
Bapa bawa anak lakukan kegiatan penyeludupan PATI
PRK Kinabatangan, Lamag: Kempen masuki fasa kedua, pecutan terakhir semua calon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakarta kini bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia

Amanz
Amanz
02/12/2025
00:50 MYT
Jakarta kini bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia
Menurut Prospek Urbanisasi Dunia 2025, lebih banyak penduduk tinggal di Jakarta (gambar) dan Dhaka berbanding keseluruhan Malaysia yang mempunyai 34.2 juta penduduk. - Gambar hiasan
IBU negara Indonesia, Jakarta kini secara rasmi menjadi bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia dan ia memintas Tokyo.
Menurut laporan Prospek Urbanisasi Dunia 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB bulan ini, Jakarta mempunyai 42 juta penduduk.
Di tangga kedua ialah bandar raya Dhaka, Bangladesh dengan 37 juta penduduk dengan megalopolis Tokyo kini di tangga ketiga dengan 33 juta penduduk.
Ini bermakna lebih banyak penduduk tinggal di Jakarta dan Dhaka berbanding keseluruhan Malaysia yang mempunyai 34.2 juta penduduk.
Kuala Lumpur pada ketika ini ialah bandar ke-41 dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia.
Dhaka akan memintas Jakarta sebagai bandar dengan jumlah penduduk tertinggi sementara Tokyo akan jatuh ke tangga ke-7 dengan 31 juta penduduk juga menjelang 2050.
Menjelang 2050 juga, Kuala Lumpur akan menjadi sebuah megalopolis dengan hampir 11 juta penduduk.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#penduduk paling ramai
#Dhaka
#Tokyo
#Prospek Urbanisasi Dunia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan