awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman

Bernama
Bernama
03/01/2026
08:15 MYT
Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman
Banyak kenderaan gagal mendaki jambatan berkenaan berikutan permukaan jalan yang licin akibat ais. - Gambar/ X @breakinglv/ Leimig and Lenthe-Medien
HAMBURG: Puluhan lori dan kereta terperangkap di Jambatan Kohlbrand di bandar Hamburg, utara Jerman, pada Jumaat akibat keadaan jalan yang berais dan licin, sekali gus menyebabkan gangguan serta kesesakan lalu lintas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis.

Ringkasan AI
  • Puluhan lori dan kereta terperangkap di Jambatan Kohlbrand di Hamburg akibat jalan licin, menyebabkan gangguan lalu lintas.
  • Kenderaan gagal mendaki jambatan disebabkan permukaan jalan berais akibat ais, memerlukan masa enam jam untuk mengawal situasi.
  • Antara 30 hingga 40 lori terjejas, trafik terhenti sehingga pasukan perkhidmatan musim sejuk tiba untuk membersihkan jalan dan pulihkan lalu lintas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut jurucakap polis, kenderaan terbabit gagal mendaki jambatan berkenaan berikutan permukaan jalan yang licin akibat ais.
Dalam satu kejadian, sebuah lori dilaporkan menggelongsor sebelum berhenti dalam keadaan melintang. Anggota polis mengambil masa kira-kira enam jam pada petang Jumaat untuk mengawal lalu lintas.
Apabila trafik tidak dapat bergerak, menyaksikan kesesakan teruk di jambatan itu. Polis memaklumkan bahawa beberapa kenderaan cuba mengundur atau berpatah balik dengan menggunakan lorong bertentangan.
Pada satu ketika, pihak berkuasa menganggarkan antara 30 hingga 40 lori berada di atas jambatan berkenaan, walaupun jumlah itu lebih tinggi pada peringkat awal kejadian.
Pergerakan lalu lintas hanya kembali pulih selepas pasukan perkhidmatan musim sejuk tiba di lokasi dan membersihkan lapisan ais di permukaan jalan.
Tiada kecederaan dilaporkan dan menurut polis, kejadian itu juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah punca gangguan lalu lintas dan kesesakan di Jambatan Kohlbrand di Hamburg, Jerman? A: Gangguan lalu lintas berlaku akibat keadaan jalan yang berais dan licin disebabkan oleh ais, menyebabkan kenderaan terperangkap.
  • Q: Berapa lama polis mengambil masa untuk mengawal lalu lintas di jambatan berkenaan? A: Polis mengambil masa kira-kira enam jam pada petang Jumaat untuk mengawal lalu lintas di Jambatan Kohlbrand.
  • Q: Berapakah anggaran jumlah lori yang terperangkap di atas jambatan semasa kejadian? A: Pihak berkuasa menganggarkan antara 30 hingga 40 lori berada di atas jambatan semasa kejadian, walaupun jumlah itu lebih tinggi pada peringkat awal kejadian.
  • Q: Apakah langkah yang diambil untuk memulihkan pergerakan lalu lintas di Jambatan Kohlbrand? A: Pasukan perkhidmatan musim sejuk tiba di lokasi untuk membersihkan lapisan ais di permukaan jalan sehingga pergerakan lalu lintas dapat pulih.
  • Q: Adakah kejadian ini menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan? A: Tiada kecederaan dilaporkan dan kejadian ini juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan menurut pihak polis.

Topic Berkaitan
#musim sejuk Jerman
#jalan licin
#jalan berais
#Hamburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan