awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jalan roti nan' di Turpan jadi tumpuan sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
13/05/2021
22:06 MYT
'Jalan roti nan' di Turpan jadi tumpuan sempena Aidilfitri
Jalan Tuanjie sepanjang lebih 600 meter di bandar Turpan, wilayah Xinjiang, China, dikenali sebagai 'jalan nan' kerana kebanyakan peniaga di sini menjual roti nan sejak sekian lama. - Gambar BERNAMA
TURPAN: Menjelang Aidilfitri, pemilik kedai di Jalan Tuanjie, bandar Turpan, wilayah Xinjiang China menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan juadah roti nan.
Jalan Tuanjie sepanjang lebih 600 meter, juga dikenali sebagai "jalan nan" itu kerana kebanyakan peniaga di sini menjual roti nan sejak sekian lama.
Selepas pengubahsuaian dilaksanakan di jalan ini oleh kerajaan tempatan, tempat tinggal bagi 76 keluarga menjadi laluan komersial yang turut menarik kedatangan ramai pelancong dalam dan luar negara.
Ablimit Ablat, pemilik kedai nan di Jalan Tuanjie berkata sepanjang pagi Rabu sahaja, pendapatannya melebihi RMB1,500 yuan (RM943).
Menurutnya, sempena hari raya permintaan yang diterimanya juga lebih tinggi berbanding hari biasa.
Roti nan yang dijual Ablimit sangat sedap kerana ramuannya telah ditambah susu.
Selain menjadi antara makanan kegemaran rakyat pelbagai etnik di wilayah Xinjiang, makanan itu juga merupakan hidangan wajib pada setiap kali perayaan.
Nan yang berbentuk bulat itu turut membawa erti perpaduan dan keharmonian dalam budaya China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roti nan
#jalan roti nan
#Xinjiang
#China
#jadi tumpuan
#jalan nan
#Turpan
#peniaga
#Aidilfitri
#hari raya
#pelancong
#Lebaran AWANI
#Hari Raya Aidilfitri 2021
#Syawal 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan