DUNIA
Jangan keliru, tidak semua bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza – Pengerusi Rahma Worldwide

Antara trak yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang tersekat di Lintasan Rafah, Mesir. - foto/AP Mayar Mokhtar
KUALA LUMPUR: Tidak semua bantuan kemanusiaan yang menuju ke Palestin sampai kepada penerima yang berada dalam wilayah terkepung, Gaza.
Ringkasan AI
- Bantuan Tidak Sampai ke Gaza Sepenuhnya: Banyak laporan menyatakan bantuan sampai ke Gaza, tetapi sebenarnya hanya sampai ke al-Arish, Mesir, menyebabkan kekeliruan tentang keberkesanan penghantaran bantuan.Sekatan Israel Halang Kemasukan Bantuan: Israel tidak membenarkan kemasukan bantuan dari luar ke Gaza, menjadikan pembelian barangan dari dalam Palestin satu-satunya cara untuk memastikan bantuan sampai kepada penduduk.Krisis Kemanusiaan Semakin Parah: Serangan berterusan Israel menyebabkan hampir 55,000 rakyat Palestin terkorban, manakala rundingan gencatan senjata masih gagal mencapai kata sepakat.
“Antara salah faham yang timbul mengenai penghantaran bantuan kemanusiaan adalah apabila sesebuah organisasi melaporkan bantuan yang disampaikan.
“Mereka laporkan bantuan itu sampai kepada penduduk Gaza, sedangkan hakikatnya bantuan itu hanya sampai ke al-Arish, Mesir.
“Ini menimbulkan kekeliruan memandangkan bantuan-bantuan ini tidak sampai ke dalam Gaza,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Jangan keliru, tidak semua bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza – Pengerusi Rahma Worldwide
Tambah Shadi, satu-satunya kaedah untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza adalah dengan membeli keperluan berkenaan dari dalam Palestin, memandangkan Israel tidak membenarkan sebarang kemasukan barangan daripada luar sempadan negara dijajah itu."Kami ada banyak (barangan) bantuan kemanusiaan di Mesir dan Jordan, tetapi mereka (Israel) tidak benarkan kami bawa masuk bantuan ke Gaza dari negara lain. Satu-satunya cara ialah dengan membeli barangan bantuan kemanusiaan dari dalam Palestin.
“Maka, kami perlukan bantuan. Jika kami tidak ada dana mencukupi untuk membeli dan menghantar 20 kontena bantuan setiap hari, bilangan kontena yang tidak mencukupi itu akan memberi kesan kepada hidup penduduk Palestin,” ujarnya.
Pada 16 Mei lalu, Israel melancarkan serangan terbaharu ke atas Gaza dengan membedil secara rambang kawasan berpenghuni dengan alasan menyasarkan pejuang Hamas.
Operasi ketenteraan yang dipertingkatkan itu telah menyebabkan jumlah korban rakyat Palestin meningkat kepada hampir 55,000 orang.
Dalam pada itu, setakat Ahad, rundingan gencatan senjata masih menemui jalan buntu selepas utusan khas AS ke Timur Tengah, Steve Witkoff dan Israel menolak bulat-bulat cadangan balas yang dikemukakan Hamas.
Agenda AWANI: Delivering hope: The struggle to aid Gaza

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami