Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengancam mahu memotong dana bantuan kepada negara-negara yang menyokong draf resolusi bagi membatalkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
"Mereka menerima jutaan malah berbilion dolar dari Amerika, dan kemudian mereka mengundi untuk menentang negara ini.
"Biarkan mereka mengundi menentang Amerika, kita akan menjimatkan wang, saya tidak peduli," kata Trump dalam satu sidang media di White House.
Kenyataan keras ini dibuat menjelang pengundian di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berhubung resolusi mengenai status Baitulmaqdis pada Khamis.
Draf resolusi berkenaan tidak menamakan mana-mana negara tetapi menyatakan sebarang keputusan berhubung Baitulmaqdis perlu dibatalkan.
Palestin memohon pengundian khas di UNGA selepas AS menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi membatalkan tindakan negara itu iktiraf Baitulmaqdis sebagai milik Israel.
Undian di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Selasa menyaksikan 14 negara anggota menyokong draf resolusi berkenaan.
Tidak seperti UNSC, resolusi di UNGA tidak mengikat dari segi perundangan namun ia menterjemah pandangan dunia secara keseluruhan.
Duta AS ke PBB, Nikki Haley sebelum ini memberi amaran akan memerhatikan negara-negara yang menyokong draf resolusi berkenaan.
Israel menduduki timur Baitulmaqdis yang sebelum ini dikuasai Jordan, selepas perang 1967, dan menganggap kota berkenaan sebagai ibu negaranya.
Astro Awani
Wed Dec 20 2017

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mengancam mahu memotong dana bantuan kepada negara-negara yang menyokong draf resolusi Baitulmaqdis - REUTERS

Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.
AWANI Ringkas: Minyak masak 60,000 tan sebulan cukup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki ditemukan mati dalam longkang
Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin di Ipoh, pagi tadi.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Konflik di Ukraine: Macron hos sidang kecemasan pemimpin Eropah
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak kecemasan bersama pemimpin Eropah, termasuk Perdana Menteri Britain, pada Isnin bagi membincangkan konflik Ukraine.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.
Lapan maut akibat cuaca buruk di Kentucky, AS
Sekurang-kurangnya lapan penduduk maut akibat cuaca buruk yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
Perkara itu disahkan Gabenornya, Andy Beshear menerusi satu sidang media pada Ahad waktu tempatan.
Perkara itu disahkan Gabenornya, Andy Beshear menerusi satu sidang media pada Ahad waktu tempatan.
Gencatan senjata: Perbincangan fasa kedua Hamas, Israel diteruskan minggu ini
Utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, menyatakan pada Ahad bahawa rundingan mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, akan diteruskan minggu ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.