awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: UMNO perkemas Akuan Bersumpah, ambil kira situasi semasa - Asyraf
DUNIA
Tentera Israel diarah tembak penerima bantuan tidak bersenjata di Gaza - Laporan
DUNIA
Israel keluarkan arahan pemindahan paksa baharu di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

AS jangka perjanjian perdagangan dimuktamad menjelang Hari Buruh pada September - Bessent

Bernama
Bernama
27/06/2025
20:15 MYT
Sponsor Banner
AS jangka perjanjian perdagangan dimuktamad menjelang Hari Buruh pada September - Bessent
Bessent berkata, Lutnick menjangka 10 lagi perjanjian perdagangan dapat dimeterai. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan rakan utama menjelang Hari Buruh pada September selepas menyelesaikan perjanjian dengan China dan United Kingdom, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Setiausaha (Perdagangan Howard) Lutnick semalam berkata, beliau menjangka 10 lagi perjanjian perdagangan dapat dimeterai. Jadi, jika kami boleh memuktamadkan 10 atau 12 daripada 18 perjanjian penting ini, dengan 20 lagi hubungan penting lain, saya fikir kita dapat menyelesaikan rundingan perdagangan menjelang Hari Buruh," kata Bessent kepada Fox Business.
Pada Khamis, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan China pada Rabu dan memberi bayangan bahawa perjanjian dengan India mungkin akan dimeterai.
Pada 2 April, Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif ke atas import dari negara lain dengan kadar asas 10 peratus, manakala kadar lebih tinggi dikenakan ke atas 57 negara berdasarkan defisit perdagangan AS dengan setiap negara berkenaan.
Pada 9 April, Trump berkata, tarif ke atas eksport dari lebih 75 negara yang tidak membalas akan dikurangkan kepada 10 peratus selama 90 hari.
Tempoh penangguhan 90 hari untuk kebanyakan negara akan berakhir pada 8 Julai, manakala penangguhan tarif 90 hari ke atas China, yang turut termasuk dalam peraturan ini, dijadualkan tamat pada 12 Ogos.
Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt pada Khamis berkata, Trump menganggap tarikh akhir Julai bagi perjanjian tarif sebagai "tidak kritikal."
Beliau berkata, selepas tarikh itu, Trump boleh mengenakan kadar tarif ke atas mana-mana negara walaupun tanpa perjanjian perdagangan dimeterai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#rakan utama
#rundingan perdagangan
#hari buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami