KOTA BHARU: Tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor Mohd Zain Ismail, 65, atau lebih dikenali sebagai “Jen Endoro” meninggal dunia di Hospital HUSM Kubang Kerian di sini, akibat strok pada 6.02 pagi tadi.
Perkara berkenaan disahkan anak bongsunya Mohammad Faris Mohd Zain, 20, yang turut memaklumkan arwah menghidap strok sejak empat tahun lepas.
“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka selepas solat Zohor,” katanya kepada Bernama hari ini.
Jen Endoro merupakan penyanyi dikir barat sejak tahun 1970-an yang terkenal dengan lagu Mariani, Bakpo Tok Royak Demo Bini Ore, Masliza, Anak Siapa Hok Lalu Tadi dan Jangan Ceroboh Hutan.
-- BERNAMA