awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Pope Francis dibawa ke St. Peter untuk orang ramai beri penghormatan

Bernama
Bernama
23/04/2025
08:30 MYT
Jasad Pope Francis dibawa ke St. Peter untuk orang ramai beri penghormatan
Sehingga kini, hanya kardinal, anggota Curia serta kakitangan Vatican sahaja yang dibenarkan memberikan penghormatan kepada mendiang Pope di Rumah Santa Marta. - Foto Reuters
ROM: Jasad Pope Francis akan dibawa dalam perarakan dari kediamannya di Rumah Santa Marta, Vatican, ke Basilika St. Peter pada pagi Rabu bagi membolehkan penganut Katolik memberikan penghormatan terakhir kepada ketua Gereja Katolik yang telah meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dijangka puluhan ribu orang akan memberikan penghormatan terakhir di Basilika St. Peter sebelum upacara pengebumiannya pada Sabtu, yang dijangka dihadiri pemimpin dunia.
Sehingga kini, hanya kardinal, anggota Curia serta kakitangan Vatican sahaja yang dibenarkan memberikan penghormatan kepada mendiang Pope di Rumah Santa Marta.
Francis, yang berusia 88 tahun, telah lama mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada Isnin Easter.
Berbeza dengan kebanyakan paus terdahulu, tempat persemadian akhir Pope Francis tidak berada di Basilika St. Peter - gereja paling penting dalam Katolik Roman - sebaliknya mendiang meminta disemadikan di Basilika Saint Mary Major yang lebih kecil, terletak berhampiran stesen kereta api utama Rom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Basilika St Peter
#Vatican
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan