Skip to main content

Politik

PM Anwar hadiri acara rasmi, turun berkempen di Melaka hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri lima program di Melaka hari ini termasuk menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri lima program di Melaka hari ini termasuk menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri lima program di Melaka hari ini termasuk menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, antara program yang akan dihadiri ialah Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 dan Jelajah Aspirasi MADANI Negeri Melaka.

“Insya-Allah, esok (hari ini) saya ke Melaka untuk beberapa rencana di negeri bersejarah ini. Saya akan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka terlebih dahulu untuk bertemu para pendidik dan pelajar dalam acara rasmi, sebelum ke beberapa kawasan lain bagi menyemarakkan gelombang HARAPAN di Melaka,” katanya.

Advertisement

Berdasarkan jadual yang dikongsikan dalam hantaran itu, Anwar dijadual memulakan lawatan dengan menghadiri MATEPM 2026 di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 2.30 petang sebelum menyertai Jelajah Aspirasi MADANI Negeri Melaka bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Taman Bukit Rambai pada 4.45 petang.

Pada sebelah malam, Pengerusi PH itu dijadual menghadiri program Malam Harapan di Dewan Pay Fong, SJK Pay Fong pada 7.30 malam diikuti program Malam Ramah Mesra Melaka Rumah Kita Bersama PMX bagi DUN Paya Rumput di Taman Seri Karanjong, Paya Rumput pada 8.30 malam.

Advertisement

Anwar dijadual mengakhiri lawatan dengan menghadiri Majlis Sambutan Sinar Deepavali Harapan di Dewan Japerun Peringgit pada 9.30 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 Nov ini.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement