awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
Luis Enrique berpotensi tinggalkan PSG? Prestasi juara treble cetus tanda tanya
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah menghendap di Korea Selatan meningkat sejak 2021

Bernama
Bernama
08/10/2025
02:35 MYT
Jenayah menghendap di Korea Selatan meningkat sejak 2021
Seramai 12,995 individu ditahan polis Korea Selatan atas kesalahan jenayah menghendap pada tahun lalu, meningkat 30 peratus daripada 9,999 orang pada 2022. - Foto Astro AWANI
SEOUL: Kes jenayah menghendap di Korea Selatan meningkat dalam tempoh tiga tahun sejak pelaksanaan undang-undang antimenghendap pada 2021, menurut seorang ahli parlimen yang memetik data kerajaan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Data Pejabat Penyelaras Dasar Kerajaan yang dikemukakan kepada Huh Young daripada Parti Demokrat pemerintah menunjukkan sebanyak 13,283 kes direkodkan pada 2024, meningkat 26 peratus berbanding 10,545 kes pada 2022.
Seramai 12,995 individu turut ditahan atas kesalahan berkenaan pada tahun lalu, meningkat 30 peratus daripada 9,999 orang pada 2022.
Undang-undang antimenghendap yang berkuat kuasa pada Oktober 2021 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi pesalah, manakala mereka yang melakukan jenayah dengan menggunakan senjata boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun. Sebelum ini, kes menghendap dikategorikan sebagai kesalahan ringan.
Huh menggesa kerajaan supaya mempertingkat langkah menangani jenayah itu, sambil menegaskan kadar penggunaan bajet Kementerian Kehakiman tahun lalu yang diperuntukkan bagi memperkukuh tindak balas terhadap kes menghendap hanyalah 20.9 peratus.
"Jenayah menghendap bukan lagi sekadar konflik antara individu, sebaliknya telah menjadi masalah sosial yang perlu ditangani oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah menghendap
#Korea Selatan
#undang-undang antimenghendap
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan