Skip to main content

Dunia

Jenazah pemimpin tertinggi Iran yang terbunuh tiba di Karbala, Iraq

Mourners wait for the arrival of the funeral procession of the late Iranian Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei outside the Imam Hussein Shrine in Karbala, Iraq, Wednesday, July 8, 2026. (AP Photo/Khalil Hamra)
Orang ramai menunggu ketibaan perarakan pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei, di luar Makam Imam Hussein di Karbala, Iraq. - Foto AP
Advertisement

ISTANBUL: Jenazah Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei tiba di bandar Karbala, Iraq pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Media Iraq melaporkan orang ramai membanjiri Karbala selepas keranda Khamenei dibawa dari bandar Najaf, lokasi upacara penghormatan terakhir diadakan pada Selasa.

Kerajaan Iraq mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum bagi melancarkan urusan perarakan pengebumian yang turut merangkumi upacara di Makam Imam Hussein dan Makam Abbas di Karbala.

Perarakan itu dijadual berakhir pada Khamis di Makam Imam Reza di Mashhad, kampung halaman Khamenei di timur laut Iran, yang turut menjadi lokasi pengebumiannya.

Khamenei terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb, sekali gus mencetuskan beberapa minggu serangan balas Tehran yang menyasarkan Israel serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement