MEDIA pada Sabtu melaporkan gegaran gempa berkekuatan 5.0 pada skala Richter di ibu kota Tokyo.
Gempa itu merupakan antara siri gegaran yang kerap berlaku di pulau matahari terbit itu. Dilaporkan Jepun dilanda sekitar 1,500 gegaran akibat gempa dalam setahun.
Kejadian gempa bukanlah sesuatu yang pelik kerana negara itu terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik di mana pergerakan plat tektonik dasar laut akan menyebabkan gegaran dan ada kalanya ombak atau lebih dikenali sebagai tsunami.
BACA: Gempa gegar lokasi Donald Trump, Abe Shinzo dijadual bermain golf
BACA: Gempa 6.3 magnitud gegar barat daya Jepun
BACA: Hokkaido digegar gempa bumi kuat sekali lagi
BACA: Gempa bumi sekuat 6.9 magnitud landa Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
BACA: Gempa bumi 7.0 landa Jepun
BACA: Gempa kuat landa kepulauan Bonin di Jepun
BACA: Jepun keluar amaran tsunami susulan gempa 6.9 magnitud
Dunia pastinya tidak lupa bencana dahsyat pada tahun 2011 di mana Jepun dilanda tsunami besar susulan gempa yang memusnahkan harta benda serta hampir menyebabkan malapetaka nuklear.
Namun tahukah anda, ahli sains pernah meramalkan bencana lebih dahsyat bakal melanda negara matahari terbit itu dalam tempoh terdekat.
Gempa bumi besar berskala 8.8 atau lebih dijangka melanda timur Hokkaido yang akan mengakibatkan kemusnahan teruk mengatasi kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011.
Menurut pakar penyelidik Masanobu Shishikura dari Institut Teknologi Maklumat dan Teknologi Industri Teras, beliau mendapati wilayah timur Hokkaido mempunyai ciri menyerupai bencana dahsyat lapan tahun lalu di wilayah Tohoku.
BACA: Ribuan masih tinggal di penempatan sementara selepas lima tahun gempa Jepun
BACA: Dahulu dan sekarang: Lima tahun selepas bencana tsunami melanda Jepun
Sebelum ini, pada Disember 2017, Penyelidik Gempa Bumi di Jepun mendapati kejadian sama berlaku di Kuril Trench dan menjangka gempa bumi bakal melanda kawasan itu dalam tempoh terdekat.
Mujurlah jangkaan mereka meleset.
Namun penemuan dua ekor ikan dayung (oarfish) sepanjang empat meter di perairan Tomoya Bay menimbulkan kerisauan penduduk dan para penyelidik.
Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, ikan yang dikenali sebagai ryugu no tsuka (penyampai daripada dewa laut) itu merupakan petanda kejadian buruk bakal berlaku.
Masyarakat di sana percaya apabila ikan itu timbul di permukaan laut, ini bermakna bencana alam semakin hampir terjadi.
Menurut penjaga akuarium Uozu, Kazusa Saiba berkata walaupun tidak ada bukti saintifik yang mengatakan kemunculan ikan dayung berkait dengan kejadian gempa bumi, namun dia tidak menolak kemungkinan itu berlaku.
Ikan dayung sangat jarang dijumpai di permukaan laut kerana ia hanya hidup pada kedalaman 200 hingga 1,000 meter.
Agensi
Sun May 26 2019
Pakar mendapati wilayah timur Hokkaido mempunyai ciri menyerupai bencana dahsyat lapan tahun lalu di wilayah Tohoku. -USGS
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Florida bakal dilanda mega tsunami?
Sepertimana kemusnahan akibat Taufan Dorian, ahli sains turut menjangka satu lagi malapetaka hebat bakal melanda Florida -- mega tsunami.
Jepun bakal dilanda gempa, tsunami lebih dahsyat daripada bencana 2011 - Pakar
Gempa bumi besar berskala 8.8 atau lebih dijangka melanda bahagian Timur Hokkaido, Jepun pada bila-bila masa sahaja.