TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlaku gempa bumi susulan pada skala sama dalam tempoh seminggu lagi, selepas kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 yang melanda utara Jepun petang tadi.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa amaran berkenaan merupakan prosedur standard selepas berlakunya gempa bumi besar, selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap risiko kejadian tanah runtuh atau gegaran lebih kuat sepanjang minggu ini.
Advertisement
JMA turut memaklumkan bahawa gelombang tsunami yang lebih besar masih berisiko melanda kawasan terlibat walaupun selepas ketibaan gelombang pertama dikesan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan berisiko digesa untuk terus memantau arahan pihak berkuasa dan tidak terburu-buru pulang ke kawasan pesisir pantai sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat