awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun

Bernama
Bernama
02/12/2024
14:32 MYT
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin, lapor Xinhua.
Purata suhu musim luruh di seluruh Jepun ialah 1.97 darjah Celsius melebihi paras normal, memecahkan rekod dicatatkan tahun lepas dengan margin ketara sebanyak 0.58 darjah, menurut data itu.
Agensi tersebut mengaitkan cuaca panas luar biasa ini dengan kesan pemanasan global dan peralihan aliran udara ke arah utara, yang membolehkan udara panas dari selatan mendominasi.
Peningkatan suhu yang ketara termasuk di Bandar Raya Saga yang mencatat 22.2 darjah Celsius (3.2 darjah melebihi purata), Nagoya -- 21.5 darjah Celsius (2.9 darjah melebihi purata), dan di tengah Tokyo yang mencatatkan 20.3 darjah Celsius (2.4 darjah melebihi purata).
Walaupun suhu untuk musim sejuk yang akan datang dijangka sejajar dengan purata setiap musim, salji lebat dijangka melanda bahagian pantai Laut Jepun, termasuk kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di Semenanjung Noto.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Jepun
#musim luruh terpanas
#purata suhu
#Agensi Meteorologi Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan