awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun gesa X ambil tindakan terhadap imej seksual hasilan AI

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:16 MYT
Jepun gesa X ambil tindakan terhadap imej seksual hasilan AI
Sejak kebelakangan ini, X menyaksikan lonjakan hantaran imej individu sebenar yang diubah suai secara tidak senonoh menggunakan teknologi AI.
TOKYO: Kerajaan Jepun pada Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya telah menggesa platform X untuk mengambil langkah tegas terhadap kegiatan mengubah dan menjadikan imej kepada berunsur seksual menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) milik platform media sosial berkenaan, lapor Kyodo News.
Sejak kebelakangan ini, X menyaksikan lonjakan hantaran imej individu sebenar yang diubah suai secara tidak senonoh menggunakan teknologi AI.
Memandangkan platform itu dilaporkan mempunyai puluhan juta pengguna di Jepun, kerajaan turut meminta pengendali X untuk membentangkan pelan bagi menangani isu berkenaan. Jepun juga tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkan garis panduan berdasarkan undang-undang AI sekiranya tiada sebarang penambahbaikan dilihat.
"Kami akan menyegerakan perbincangan sambil mendapatkan kerjasama daripada kementerian dan agensi berkaitan," kata Menteri Strategi AI, Kimi Onoda, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Kabinet.
X yang diterajui usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk, memperkenalkan alat AI generatif "Grok" tahun lepas, yang membolehkan pengguna memanipulasi imej melalui input teks.
Penyebaran imej seksual palsu membabitkan individu sebenar melalui penyalahgunaan perkhidmatan itu telah mencetuskan siasatan terhadap X oleh beberapa kerajaan di seluruh dunia. Ini merupakan kali pertama tindakan tindak balas Jepun didedahkan kepada umum.
Permintaan terbaharu itu dikeluarkan oleh Pejabat Kabinet yang menyelia perundangan AI, susulan kebimbangan terhadap kemudahan kandungan palsu dicipta dan disebarkan.
Penghasilan imej palsu individu boleh melanggar hak mereka, termasuk hak publisiti atau hak reputasi.
Selain Jepun, kerajaan di beberapa negara termasuk Britain, Kanada dan Malaysia turut menyifatkan isu berkenaan sebagai sesuatu yang membimbangkan.
Menjawab perkara itu, X berkata: "Kami mengambil tindakan untuk mengalih keluar kandungan pelanggaran yang menjadi keutamaan, termasuk bahan penderaan seksual kanak-kanak dan kebogelan tanpa kerelaan."
Tahun lepas, Kerajaan Jepun turut meminta penambahbaikan daripada penjana video OpenAI, "Sora", berhubung penghasilan video yang menyerupai siri anime Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#imej janaan AI
#gambar lucah
#seksual
#X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan