TOKYO: Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung, lapor Sputnik.
Menurut pakar, risiko jangkitan dilaporkan kekal tinggi sehingga musim bunga.
Katanya, jika kadar jangkitan berterusan, wabak semasa akan menyaksikan lebih banyak ayam ini bakal dihapuskan berbanding tahun 2020 hingga 2021.
Jelasnya, burung penghijrah telah kembali ke Jepun lebih awal berbanding tahun sebelumnya dan jangkitan wabak ini bergerak lebih pantas ke seluruh wilayah.
Wabak ini turut menyebabkan harga ayam dan telur semakin meningkat di tengah-tengah inflasi dan peningkatan harga produk makanan.
Kes pertama selesema burung di Jepun dikesan pada Oktober dengan 53 wabak didaftarkan di 18 wilayah.
Justeru, pihak berkuasa dilaporkan mengenakan larangan pengangkutan ayam dan telur dalam lingkungan jarak 3 kilometer (km) di sekitar kawasan 'panas' serta melarang eksport ayam dan telur pada jarak 10 km. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Fri Dec 30 2022
Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung. -Gambar fail/Reuters
AWANI 7:45 [08/05/2024] - Serangan tiga pemain bola sepak | Permohonan Selangor FC ditolak | Ranjau sepanjang jalan | MAPIM aktifkan pasukan pemantauan
Kajian UNICEF: Gaji naik, namun kemiskinan masih tinggi. Apa realiti sebenar yang dihadapi oleh keluarga isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di bandar? Apa langkah tepat yang perlu diambil untuk bina ketahanan golongan ini?
#AWANI745 bersama Syaff Shukri bersiaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
#AWANI745 bersama Syaff Shukri bersiaran luar dari PPR Kg Muhibbah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaiknya hari ini seiring peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Selesa, dekat Masjid Nabawi, mesra OKU untuk jemaah muassasah
Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) antara ciri-ciri tiga tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
#AWANI745
#AWANI745
Kajian UNICEF: Pemulihan ketara pascapandemik COVID-19, namun kemiskinan masih ketara
Penyampai Astro AWANI, Dzulfitri Yusop memberi perincian mengenai tinjauan Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan Berulang Tentang Impak Kos Sara Hidup PascaPandemik Terhadap Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Kuala Lumpur yang dijalankan Unicef. Antara hasil tinjauan ialah pendpatan isi rumah semakin melonjak, namun kadar kemiskinan masih ketara.
#AWANI745
#AWANI745
“Faisal tersenyum, renungan mata masih sama, positif" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.
Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran
Mohamad menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika; produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan.
Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin
Kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
Malaysia bersedia bincang dengan AS berhubung kebimbangan penghantaran minyak dari Iran - Fahmi
Fahmi bagaimanapun tidak akan mengulas panjang lebar mengenai isu itu memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung.
Jepun hapus 7.3 juta ayam akibat wabak selesema burung
Menurut pakar, risiko jangkitan dilaporkan kekal tinggi sehingga musim bunga.