awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran

Bernama
Bernama
08/05/2024
12:38 MYT
Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran
Mohamad turut mempelawa Arab Saudi menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang bakal diadakan pada 11 hingga 22 September. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai sektor pertanian, penyelidikan dan usaha untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika; produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan; produk sedia untuk dimakan; produk telur dan tenusu serta produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku.
Semalam Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Al-Kassabi telah mengadakan kunjungan hormat keatas Mohamad di pejabatnya di sini.
"Pada pertemuan itu pihak Arab Saudi telah berkongsi inisiatif inovasi Wawasan 2030 Arab Saudi yang boleh dimanfaatkan Malaysia terutamanya dalam bidang pertanian serta membuka peluang kerjasama baharu bagi kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Menurutnya Mohamad turut mempelawa Arab Saudi menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang bakal diadakan pada 11 hingga 22 September.
Arab Saudi merupakan rakan dagangan, destinasi eksport ketiga dan sumber import terbesar Malaysia. Data perdagangan pertanian pada 2023 merekodkan nilai eksport Malaysia ke Arab Saudi sebanyak RM2.64 bilion, yang menyumbang perdagangan positif kepada negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Malaysia
#Arab Saudi
#pertanian
#KPKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan