awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun minta UAE kurangkan jumlah pekerja Korea Utara

Bernama
Bernama
20/09/2017
10:08 MYT
Jepun minta UAE kurangkan jumlah pekerja Korea Utara
Taro Kono bercakap pada satu sidang media di Tokyo, 3 Ogos, 2017. REUTERS / Fail
Jepun meminta kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengurangkan jumlah pekerja Korea Utara di negara itu dalam usaha untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas Pyongyang, laporan agensi berita Jepun Jiji Press.
Permintaan itu disuarakan Menteri Luar Jepun Taro Kono dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di New York.
Minggu lepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan larangan membawa masuk pekerja Korea Utara yang baharu sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Pyongyang.
Pada pertemuan berasingan antara Kono dan Setiausaha Luar British, Boris Johnson, kedua-dua pihak bersetuju agar China dan Rusia memainkan peranan utama untuk mendesak Korea Utara menarik diri daripada membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandunya.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala mengenai keselamatan siber dan memerangi keganasan menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#China
#Emiriah Arab Bersatu
#Jepun
#keselamatan siber
#Korea Utara
#Pekerja
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Pyongyang
#Rusia
#Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan
#Taro Kono
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan