awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba

Bernama
Bernama
04/02/2025
07:42 MYT
Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Ishiba turut memaklumkan kepada Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan bahawa Tokyo akan berusaha melancarkan program khas bagi memberi peluang kepada pelajar dari Gaza melanjutkan pengajian di Jepun. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik, lapor Agensi Berita Kyodo.
"Kami sedang berusaha mencari kaedah untuk menerima mereka yang sakit atau cedera di Gaza bagi mendapatkan rawatan di Jepun," katanya dalam sesi Parlimen, merujuk kepada wilayah Palestin yang terus diserang tentera Israel.
Ishiba turut memaklumkan kepada Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan bahawa Tokyo akan berusaha melancarkan program khas bagi memberi peluang kepada pelajar dari Gaza melanjutkan pengajian di Jepun.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan seorang ahli Parlimen mengenai kesediaan Jepun untuk membantu rakyat Gaza yang terkesan akibat serangan udara dan tindakan ketenteraan Israel.
Bulan lalu, Ishiba berikrar bahawa Jepun akan menyokong pembangunan Palestin dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia.
Anwar minggu lalu mendedahkan rancangan kerajaan Malaysia untuk menubuhkan dana bersama Jepun bagi membina hospital, sekolah dan masjid di Timur Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Shigeru Ishiba
#Gaza
#bantuan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan