awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman benarkan penggunaan vaksin AstraZeneca terhadap individu 60 tahun ke atas

Agensi
Agensi
30/03/2021
23:31 MYT
Jerman benarkan penggunaan vaksin AstraZeneca terhadap individu 60 tahun ke atas
Ia juga memutuskan vaksin keluaran AstraZeneca boleh digunakan untuk pesakit berisiko tinggi yang berusia di bawah 60 tahun dan kumpulan penting seperti petugas kesihatan. -Reuters
BERLIN: Kementerian Kesihatan Jerman membenarkan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 untuk individu berumur 60 tahun ke atas.
Ia juga memutuskan vaksin keluaran AstraZeneca boleh digunakan untuk pesakit berisiko tinggi berusia di bawah 60 tahun dan kumpulan penting seperti petugas kesihatan.
Keputusan diumum susulan penelitian oleh Jawatankuasa Vaksin Jerman yang dikenali sebagai Stiko.
Individu yang berumur di bawah 60 tahun yang telah menerima suntikan vaksin AstraZeneca pertama mempunyai pilihan sama ada meneruskan suntikan kedua seperti dirancang atau menunggu cadangan dikeluarkan Stiko.
Sebelum ini, Stiko mengesyorkan suntikan vaksin AstraZeneca hanya digunakan untuk individu berusia 60 tahun susulan kesan sampingan penggumpalan darah yang berlaku.
Stiko juga meneliti kemungkinan melakukan suntikan kedua dengan vaksin COVID-19 yang berbeza.
Dalam satu kenyataan susulan saranan Stiko ini, AstraZeneca tegaskan keselamatan pesakit adalah keutamaannya.
Sejumlah 31 kes melibatkan pembekuan darah dilaporkan selepas individu menerima suntikan vaksin AstraZeneca.
Daripada jumlah itu, sembilan kematian dicatatkan.
Sebahagian besar negara Eropah menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca bagi menyiasat dakwaan pembekuan darah yang berlaku.
Sebelum ini Agensi Ubat Eropah (EMA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merumuskan manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risiko.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#Jerman
#AstraZeneca
#STIKO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan