awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja

Bernama
Bernama
13/02/2019
01:55 MYT
Jerman perlu 260,000 pendatang baharu setiap tahun untuk penuhi keperluan tenaga kerja
Pemandangan dari luar bangunan bursa saham Jerman di Frankfurt, 12 Feb, 2019. REUTERS/Gambar hiasan
Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baharu setiap tahun sehingga 2060 bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja yang disebabkan oleh kemerosotan demografi, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kajian terbitan Yayasan Bertelsmann pada Selasa.
Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara-negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.
Kajian itu turut mengambil kira potensi penduduk tempatan.
Para penyelidik menganggap akan terdapat kadar kelahiran yang lebih tinggi pada masa depan selain lebih ramai golongan wanita dan orang-orang tua dalam pasaran buruh.
Bagaimanapun, keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat dipenuhi secara domestik.
Ia juga melihat bagaimana digitalisasi akan menjejaskan keperluan imigrasi.
Pasaran buruh yang semakin didigitalkan memerlukan pekerja yang tidak ramai sebaliknya lebih ramai pekerja mahir dengan kelayakan yang tinggi seperti juruteknik dan ahli akademik.
Jorg Drager, Pengerusi Yayasan Bertelsmann, menyatakan dalam penerbitan kajian itu "Migrasi adalah kunci kejayaan masa depan. Jerman memerlukan pekerja mahir termasuk mereka yang berasal dari wilayah-wilayah di luar Eropah."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#kadar kelahiran
#Kajian
#Kesatuan Eropah
#migrasi
#Pasaran buruh
#pekerja mahir
#pendatang
#penduduk tempatan
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan