SERANGAN terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
"Kami mendapati tindakan sedemikian tidak sopan dan tidak wajar. Mereka cuba mewujudkan perpecahan.
"Kami menentangnya. Kami mengutuknya," kata Hoffmann bagi menjawab persoalan yang dikemukakan Agensi Anadolu pada sidang media di Berlin.
Hoffmann menggariskan bahawa pendirian Berlin mengenai penodaan al-Quran adalah jelas, tetapi enggan mengesahkan sama ada Canselor Jerman Olaf Scholz dan Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.
Bulan-bulan yang lalu telah menyaksikan tindakan pembakaran Al-Quran, penghinaan, atau cubaan untuk melakukannya oleh individu atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara-negara Eropah utara dan Nordic.
Provokasi-provokasi ini mencetuskan protes dan kemarahan negara-negara Islam. Pihak berkuasa di negara-negara di mana serangan-serangan ini berlaku berdepan kritikan kerana gagal bertindak untuk menghalangnya.
Jerman mementingkan nilai yang tinggi kepada kebebasan, kata Hoffmann, sambil menekankan bahawa ia tidak meliputi "ucapan kebencian atau tindakan kebencian".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Hoffmann menggariskan bahawa pendirian Berlin mengenai penodaan al-Quran adalah jelas. - Gambar fail
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.
Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.
Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.
PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.