awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet pejuang F-16C terhempas di California

Bernama
Bernama
04/12/2025
09:15 MYT
Jet pejuang F-16C terhempas di California
Pesawat itu terhempas berhampiran China Lake, sebuah komuniti yang terletak kira-kira 270km di utara pusat bandar Los Angeles. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
LOS ANGELES: Sebuah jet pejuang F-16C milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas pada Rabu pagi, dan juruterbangnya sempat keluar menyelamatkan diri, lapor Xinhua.
Pada kira-kira 10.45 pagi waktu tempatan, "seorang juruterbang Thunderbirds berjaya keluar dengan selamat daripada pesawat F-16C Fighting Falcon ketika menjalani misi latihan di ruang udara terkawal," menurut Tentera Udara AS dalam satu kenyataan.
Sarjan Tentera Udara AS Jovante Johnson dipetik oleh Los Angeles Times sebagai berkata pesawat yang terhempas itu ditugaskan kepada Thunderbirds, pasukan demonstrasi akrobatik udara yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada.
Punca kemalangan sedang disiasat, katanya dalam e-mel kepada akhbar berkenaan.
Jabatan Bomba Daerah San Bernardino California berkata pesawat itu terhempas berhampiran China Lake, sebuah komuniti yang terletak kira-kira 270km di utara pusat bandar Los Angeles.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pesawat terhempas
#F-16C
#Amerika Syarikat
#jet pejuang terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan