awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden disahkan hidap kanser prostat agresif

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2025
22:50 MYT
Joe Biden disahkan hidap kanser prostat agresif
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang berusia 82 tahun disahkan menghidap kanser prostat yang agresif dan telah merebak ke tulangnya.
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat yang agresif dan telah merebak ke tulangnya, menurut kenyataan pejabat peribadinya pada Ahad.
“Minggu lalu, Presiden Joe Biden telah menjalani pemeriksaan susulan selepas mengalami gejala kencing yang semakin teruk.
"Pada Jumaat, beliau disahkan menghidap kanser prostat, diklasifikasikan sebagai Kumpulan Gred 5 dengan skor Gleason 9 serta menunjukkan tanda-tanda metastasis ke tulang,” menurut kenyataan itu.
Walaupun diagnosis ini menunjukkan bentuk penyakit yang lebih agresif, kanser tersebut dilaporkan sensitif terhadap hormon, yang membolehkan rawatan dijalankan dengan berkesan.
Biden, 82, dan keluarganya kini sedang meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatannya.
Beliau kini berada di kediamannya di Wilmington, Delaware, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.
Pengumuman ini dibuat beberapa hari selepas jurucakap Biden memaklumkan, beliau telah menjalani pemeriksaan berikutan penemuan “nodul kecil” pada prostatnya.
Sepanjang tempoh pentadbirannya, isu berkaitan usia dan kesihatan sering menjadi perhatian, terutamanya selepas prestasi beliau dalam debat menentang Donald Trump pada Jun tahun lalu.
Pada Februari 2024, Biden menjalani pemeriksaan kesihatan rutin di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed.
Doktor peribadinya, Dr Kevin O’Connor, ketika itu melaporkan, tiada kebimbangan baharu mengenai kesihatan beliau dan mengesahkan beliau 'layak untuk bertugas.'
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#gejala kencing
#kanser prostat
#Presiden Amerika Syarikat
#Joe Biden disahkan kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan