JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melakukan kunjungan ke SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat pada Sabtu dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat aeorangkasa, Elon Musk.
Ketibaan Jokowi sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) itu disambut oleh Musk.
Selain mengadakan pertemuan dengan Musk, Jokowi juga dibawa meninjau kemudahan yang terdapat di SpaceX.
Menurut Jokowi, kunjungan beliau itu merupakan susulan arahan yang diberikannya kepada Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan untuk mengadakan perbincangan dengan Musk.
"Tindak lanjut perintah saya untuk berbicara dengan Elon mengenai pelaburan, teknologi, inovasi dan sekarang saya ke sini dan bertemu langsung dengan Elon untuk membincangkan mengenai kerjasama yang akan datang," ujar Jokowi dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Presiden seperti dilaporkan portal berita Kompas pada Ahad.
Sementara itu, Musk dalam kesempatan yang sama menyatakan beliau sangat tertarik dengan masa depan Indonesia.
Menurut Musk, Indonesia sangat optimis terhadap masa depan dan memiliki tenaga yang sangat positif.
"Saya rasa Indonesia memiliki potensi yang besar dan saya rasa kita melalui Tesla dan SpaceX akan mencuba beberapa kerja sama dengan Indonesia," ujar Musk lagi.
Musk juga menyatakan minat beliau untuk bekerjasama dengan Indonesia berikutan negara itu memiliki potensi dalam banyak bidang.
"Kita akan melihat dari dekat bentuk kerjasama di banyak bidang kerana Indonesia memiliki banyak potensi. Apalagi Indonesia memiliki jumlah populasi dan terus berkembang. Ini bagus kerana kita memerlukan banyak orang (tenaga kerja) di masa depan," kata Musk.
Agensi
Sun May 15 2022
Jokowi (kiri) melakukan kunjungan ke SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat pada Sabtu dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat aeorangkasa, Elon Musk. - Gambar Instagram JOKOWI
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
SpaceX milik Elon Musk bina rangkaian satelit pengintip untuk agensi perisikan AS, lapor Reuters
Program itu dapat mengesan dengan cepat sasaran berpotensi hampir di mana-mana sahaja di dunia.
Percubaan ketiga Starship ke angkasa berjaya
Percubaan ketiga SpaceX untuk melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa berjaya dilakukan malam semalam.
Falcon 9 lengkapkan misi ke-300, lancar satelit komunikasi Indonesia ke orbit - SpaceX
Satelit itu dilancarkan dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 (SLC-40) di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida.
Pentagon zahir hasrat beli Starship untuk kegunaan misi sensitif
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.
Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.
Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov.
Kapal angkasa Starship sedia dilancarkan, menunggu kelulusan FAA - Elon Musk
SpaceX sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship.
Kerajaan AS saman SpaceX, dakwa diskriminasi pengambilan pekerja
SpaceX milik Elon Musk mendiskriminasi pencari suaka dan pelarian dengan menghalang mereka daripada memohon pekerjaan.
SpaceX tangguh pelancaran satelit Falcon 9 dengan Starlink kerana Taufan Hilary
SpaceX berkata pelancaran kenderaan pelancar Falcon 9 yang membawa satelit Starlink pada Jumaat ditangguhkan kerana kekuatan Taufan Hilary yang semakin meningkat di Lautan Pasifik.
SpaceX lancar 22 satelit Starlink tambahan ke orbit
SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.