awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi yakin pejabat presiden baharu di Nusantara siap Julai

Bernama
Bernama
05/06/2024
13:49 MYT
Jokowi yakin pejabat presiden baharu di Nusantara siap Julai
Jokowi (tengah) ketika merasmikan pembinaan batu asas Bank Nasional Indonesia (BNI) di ibu kota Nusantara, Kalimantan Timur . - Gambar X Joko Widodo
JAKARTA: Presiden Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, menyatakan keyakinannya untuk memulakan kerja di pejabat baharu di Nusantara, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada Julai.
"Insya-Allah, ia akan siap. Saya sangat optimis mengenai pejabat ini," katanya, seperti yang dipetik oleh Biro Perhubungan Awam, Media dan Informasi Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata satu-satunya keperluan yang tinggal adalah pemasangan bekalan air.
Dalam lawatan kerjanya ke wilayah itu sejak Selasa, beliau melihat kemajuan pembangunan beberapa infrastruktur fasa pertama di Nusantara mencapai kira-kira 80 peratus.
Jokowi juga memeriksa tapak untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 republik itu yang akan diadakan di sana pada 17 Ogos, dan menyatakan semua persiapan dan tempat hampir siap.
"Kami telah memeriksa semuanya dari lokasi hingga urutan upacara dan semuanya baik," katanya.
Seorang pegawai dari Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat, Diana Kusumastuti menyatakan bahawa pembinaan Istana Presiden di Nusantara berjalan mengikut seperti yang dirancang untuk disiapkan pada Julai.
"Bahagian dalaman perlu siap selewat-lewatnya akhir Julai supaya pada 1 Ogos, Istana boleh digunakan untuk peringatan nasional sehingga 17hb," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#pejabat baharu
#fasa pertama
#bahagian dalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan