awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual tanah untuk jahit bendera

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2018
01:24 MYT
Jual tanah untuk jahit bendera
Hossain mula menjahit bendera berkenaan ketika Jerman menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij itu pada tahun 2006. - Foto Sinar Harian
Demi menunjukkan sokongan terhadap pasukan Jerman yang bakal beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018, seorang petani di Bangladesh gigih menjahit bendera negara itu sepanjang 5.5 kilometer.
Amjad Hossain, 69, berkata, kecintaannya terhadap negara itu bermula setelah sembuh daripada masalah batu karangnya dengan menggunakan ubat homeopati Jerman.
Hossain yang mula menjahit bendera berkenaan ketika Jerman menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij itu pada tahun 2006 juga sanggup menjual tanah miliknya untuk membeli kain yang secukupnya bagi menghasilkan bendera negara pasukan kegemarannya itu.
"Saya meminati pasukan Jerman kerana permainan mereka yang 'cantik'," kata Hossain.
Bendera yang telah siap itu dipertontonkan kepada umum di kampung halaman Hossain di Magura pada Selasa lalu.
Petani itu turut bercadang mempamerkan hasil kerjanya di stadium tempatan sekiranya pasukan Jerman berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan terbabit.
Ketika Piala Dunia 2014, sewaktu bendera itu hanya 3.5 km panjang, kedutaan Jerman di Bangladesh menganugerahkannya keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman, jersi pasukan dan sijil penghargaan.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bendera
#bola sepak
#homeopati
#jahit
#Jerman
#jual tanah
#kain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan