Seorang pemain poker dari Malaysia yang didakwa kerana menjalankan perjudian dan pertaruhan Piala Dunia secara haram dari suite mewahnya di Caesars Palace, Las Vegas Amerika Syarikat mungkin dibenarkan untuk meninggalkan negara itu.
Peguam Jabatan Kehakiman menggugurkan bantahan mereka terhadap permintaan Wei Seng “Paul” Phua untuk pulang ke Malaysia sementara kes masih tertangguh.
Hakim Daerah Las Vegas, Andrew Gordon tiga hari lalu membentangkan bukti yang dikumpul pada bulan Julai 2014, yang diambil dari vila berharga US$25,000 semalam (RM91,452). Vila itu dipenuhi dengan komputer, monitor dan televisyen yang dipasang dengan siaran perlawanan Piala Dunia.
Phua, 50, seorang ahli perniagaan bidang perhotelan dan perlombongan, yang juga aktif dalam pertandingan judi poker antarabangsa, memberitahu mahkamah pada 22 Mei yang dia mahu pulang ke Malaysia untuk melawat ibunya yang menghidap kanser pankreas. Dia juga memberitahu akan kembali ke AS dan tidak akan membiarkan perbicaraan berlangsung tanpa kehadirannya kerana dia mahu membersihkan namanya.
Kerajaan AS dalam kenyataannya pada Jumaat mempersoalkan sama ada Phua boleh kembali jika dia perlu dibicarakan kerana Phua tidak mempunyai visa yang sah.
Anak lelaki Phua, Darren dan sekumpulan lelaki bersama seorang wanita, yang mendiami dua vila lain milik Phua turut ditahan, namun telah mengaku bersalah atas tuduhan melanggar undang-undang. Mereka telah kembali ke Asia, meninggalkan Phua sebagai satu-satunya defendan yang tinggal.
Natalie Collins, jurucakap pejabat peguam AS di Las Vegas, enggan mengulas mengenai kes itu.
Bloomberg
Sat May 30 2015
Phua mahu pulang melawat ibunya yang sakit.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Judi Piala Dunia: Paul Phua mungkin dibenar pulang lawat ibu
Peguam Jabatan Kehakiman menggugurkan bantahan berkenaan permintaan Wei Seng -Paul- Phua untuk pulang ke Malaysia sementara kes masih tertangguh.