SEJUMLAH lebih 1.928 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan 661 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 294 juta dos manakala India dengan 216 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 50 juta dos,  Perancis dan Itali masing-masing melebihi 36 dan 35 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 27 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula dengan 5.1 juta dos, Singapura dengan 4 juta dos dan diikuti Thailand dengan 3.6 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima antara negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.1 juta.