awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 27 kes

Bernama
Bernama
10/03/2020
16:04 MYT
Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 27 kes
Jumlah kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27 kes hari ini.
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak lapan lagi kes positif virus itu disahkan hari ini, berbanding 19 kes yang dicatatkan semalam.
"Kebanyakan kes positif COVID-19 di Indonesia adalah dalam kalangan mereka yang pulang dari luar negara," katanya di Istana Presiden, di sini, yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Achmad berkata sembilan kes sebelum ini juga telah didapati negatif atau sembuh, namun mereka terbabit masih menerima rawatan intensif dan pemantauan rapi di di Rumah Sakit ( Hospital) Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta.
Indonesia kini mengetatkan lagi pemeriksaan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsanya, selain menyekat pelawat dari beberapa negara seperti Iran, Korea Selatan dan Itali, bermula 8 Mac lepas.
Pada 2 Mac lepas, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu turut tersenarai negara dijangkiti virus itu selepas dua warganegaranya di Depok (kota berhampiran Jakarta) disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#achmad yurianto
#COVID-19
#Indonesia
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan