DUNIA
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang melebihi 6,000

Antara daerah yang terlibat merupakan Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Johor Bahru dengan Pontian menjadi daerah terbaharu yang terjejas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang terus catatkan peningkatan.
Secara keseluruhan seramai 6,390 mangsa kini ditempatkan di 71 buah pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Johor setakat jam 6 pagi Isnin meningkat dengan mendadak kepada 5,494 orang berbanding 3,322 yang dicatatkan 8 malam semalam.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini ditempatkan di 48 PPS.Antara daerah yang terlibat merupakan Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Johor Bahru dengan Pontian menjadi daerah terbaharu yang terjejas.
Manakala Pahang kembali terjejas dengan banjir melibatkan jajahan Rompin, Pekan dan Maran.
Jumlah keseluruhan kini 896 orang yang terdiri daripada 236 keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di 23 buah PPS yang dibuka.
Semalam, Pusat Ramalan dan Amaran Nanjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan banjir berlaku secara berpringkat di beberapa daerah di Johor iaitu Kulai, Johor Bahru dan Pontian susulan hujan lebat berterusan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami