ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 November 2026.
Tiada permohonan CZC untuk lelong semula tanah di Persiaran Gurney setakat ini - Chow
Lelongan pertama pada September lepas diadakan atas permintaan syarikat tersebut ketika itu yang memerlukan aliran tunai.
SIC pertimbang penurapan semula Litar Sepang, kos cecah jutaan ringgit
Keputusan sama ada untuk melakukan penurapan penuh atau sebahagian bergantung kepada laporan penuh daripada MotoGP dan FIM.
Media Mulia laksana Program Cuti Berbayar libatkan hampir 100 pekerja
Langkah rasionalisasi itu diambil bagi memastikan kelangsungan serta kemampanan perniagaan susulan perubahan landskap industri media yang kini memberi tumpuan kepada platform digital.
Polis siasat dakwaan gangguan terhadap doktor forensik kes kematian Noorizwan
Pihaknya telah menerima laporan polis daripada doktor berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 189 Kanun Keseksaan.
PRN Melaka: Manifesto Bersama fokus kewangan, ekonomi, atasi zon pesisir daripada tenggelam
Manifesto menekankan perancangan jangka panjang infrastruktur, reformasi sistem demokrasi, serta pengukuhan program sosioekonomi rakyat dan pendidikan.
Suami isteri maut, anak parah, nahas MPV dan bas persiaran di JRTB
Pemandu bas persiaran bersama dua pembantu dan 30 orang penumpang terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Tindakan lebih tegas perlu diambil berhubung isu penyembelihan ayam meragukan - MB Selangor
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas berhubung isu penyembelihan dan pemprosesan ayam yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna beragama Islam di Selangor baru-baru ini.
Meletakkan beban menyelesaikan isu keselamatan digital yang kompleks semata-mata kepada ibu bapa dan kanak-kanak hanya memberi laluan mudah kepada syarikat teknologi untuk 'lepas tangan' daripada tanggungjawab mereka.
Senat AS sahkan pencalonan Joshua Harris sebagai Duta Besar ke Malaysia
Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pencalonan Joshua Harris sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS yang baharu ke Malaysia.
JS-SEZ: RM88.83 bilion pelaburan diluluskan, RM40.3 bilion telah dilaksanakan - Akmal Nasrullah
Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM88.83 bilion bagi tempoh Januari 2025 sehingga Jun 2026 di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).