awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pesakit tibi bertambah susulan kurang rawatan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
00:48 MYT
Jumlah pesakit tibi bertambah susulan kurang rawatan
WHO menganggarkan kira-kira 4.1 juta orang menghidap penyakit berjangkit ini yang berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang. - Foto AFP
DALAM tempoh sedekad, penyakit tuberkulosis atau tibi buat pertama kali meningkat sekali lagi secara global.
Situasi ini dikaitkan dengan akses kepada penjagaan kesihatan susulan wabak COVID-19.
Dalam laporan tahunan mengenai tibi untuk 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan proses untuk membendung penyakit ini bertambah buruk dengan peningkatan jumlah kes yang tidak didiagnos dan tidak dirawat.
WHO menganggarkan kira-kira 4.1 juta orang menghidap penyakit berjangkit ini yang berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang.
Ia sekaligus mencatatkan peningkatan ketara berbanding 2.9 juta pada 2019.
Menurut WHO, perkembangan ini telah merencatkan usaha selama bertahun-tahun untuk membendung penyakit yang dapat disembuhkan ini.
Pandemik COVID-19 memburukkan keadaan bagi pesakit tibi kerana dana kesihatan banyak dialihkan kepada usaha menangani wabak COVID-19 serta rawatan yang terbatas.
Turut direkodkan, jumlah mereka yang menerima rawatan dilaporkan menurun iaitu 2.8 juta pada 2020, turun 21 peratus berbanding 2019.
Jelas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ini merupakan perkembangan yang membimbangkan dan beliau menuntut seluruh dunia bersatu untuk membuat pelaburan dan inovasi dalam membendung isu kesihatan ini.
Kira-kira 1.5 juta orang maut akibat tibi pada 2020, termasuk 214,000 daripadanya adalah positif HIV.
Jumlah itu meningkat daripada 1.2 juta orang pada 2019.
Peningkatan jumlah kematian akibat tibi berlaku terutamanya di 30 negara dengan beban pesakit yang tinggi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Tibi
#WHO
#HIV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan