KUALA LUMPUR: Junta tentera Myanmar setakat ini belum memberi kerjasama yang diperlukan bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara itu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, ini termasuk cadangan penglibatan organisasi antarabangsa seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dari negara-negara ASEAN yang lain dalam Pasukan Petugas Myanmar bagi misi bantuan kemanusiaan.
Malaysia juga mencadangkan Mercy Malaysia untuk terlibat dalam pasukan berkenaan memandangkan badan itu pernah melaksanakan misi bantuan di wilayah Rakhine di negara itu, selain mempunyai sukarelawan di Myanmar yang bersedia untuk membantu.
"Kita melihat pihak Junta tidak memberi kerjasama. Kita mahu pasukan petugas itu melibatkan pihak antarabangsa dengan lebih bermakna supaya ada ketelusan kerana kebimbangannya ialah, kita faham isu di Myanmar itu kompleks, ada Junta dan ada pihak lain. Jadi apakah jaminan bahawa bantuan itu akan disampaikan kepada semua pihak?
"Yang dirisaukan ialah berlaku diskriminasi, pilih kasih dalam pemberian bantuan dan satu kaedah untuk mengelakkan itu berlaku dan untuk memantau adalah dengan penglibatan badan-badan antarabangsa," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas sambutan Hari ASEAN ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Pulau Meranti, Puchong hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) turut terlibat dalam pasukan berkenaan, namun, organisasi itu sendiri mengakui bahawa mereka kurang pengalaman menghantar bantuan ke tempat-tempat konflik seperti Myanmar.
Pasukan Petugas Myanmar itu ditubuhkan susulan Mesyuarat Perundingan mengenai Bantuan Kemanusiaan ASEAN kepada Myanmar yang dipengerusikan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar Prak Sokhonn pada 6 Mei lepas.
Sejak rampasan kuasa oleh Junta pada 1 Feb 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah terbunuh di Myanmar dalam kempen untuk menghentikan penentangan yang meluas terhadap pemerintahan tentera.
Mengenai Hari ASEAN, Saifuddin berkata, sambutan tahun ini diadakan di Markas SMART, bersesuaian dengan temanya "Bantuan Kemanusiaan Serantau."
Menurut beliau, misi bantuan kemanusiaan berhadapan pelbagai cabaran antaranya sistem yang tidak mampu memenuhi permintaan, kekurangan dana serta bantuan tidak menepati keperluan sebenar mangsa.
"Maka berlakulah pembaziran. Malahan ada yang dijual. Ada bantuan yang menimbulkan kesan yang tidak dijangkakan. Ada yang tambah membebankan. Adakalanya pihak pemberi bantuan (CSO, penaja dan kerajaan) mempunyai agenda tersendiri," katanya.
Susulan itu, beliau mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk mendapatkan maklumat tepat daripada sumber tempatan, mendengar suara mangsa dan mewujudkan kerangka kebertanggungjawaban (accountability), ketelusan dan penilaian.
"Saya fikir kalau kita boleh ada kerangka itu, ia akan memudahkan lagi kita mendapat dana sama ada daripada syarikat swasta dalam negara atau di peringkat antarabangsa. Bukan tujuan untuk kawal, tetapi lebih selesa bagi orang untuk bekerja bersama-sama," kata Saifuddin. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Junta tentera Myanmar setakat ini belum memberi kerjasama yang diperlukan bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara itu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Gambar fail
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Malaysia gesa ASEAN kutuk keras tindakan junta Myanmar
Malaysia menggesa ASEAN supaya mengutuk dengan lebih keras tindakan junta Myanmar yang telah melakukan siri serangan udara dan pembunuhan seperti dilaporkan melalui 'pernyataan bersama'.
Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia.
Gadis pasang jerangkap samar elak ditangkap junta
Jerangkap samar yang dipasang Ma Chaw Su Aung menyebabkan lebih 50 anggota tatmadaw cedera.
AS terus beri tekanan ke atas junta Myanmar hentikan keganasan
AS akan terus memberi tekanan pada rejim Myanmar sehingga ia menghentikan keganasan terhadap rakyatnya.
AS, EU kenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.
Suu Kyi dihukum penjara 3 tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan melakukan penipuan dalam pilihan raya, lapor media tempatan pada Jumaat.
Malaysia sokong gesaan pembebasan segera Suu Kyi - Saifuddin
Suu Kyi perlu dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.
Konflik di Myanmar: Dialog antara pihak berkaitan akan mengambil masa yang lama
Dialog antara pihak berkaitan berhubung isu keganasan di Myanmar dijangka mengambil masa yang lama.
Myanmar, Bangladesh setuju penduduk Rohingya kembali ke Rakhine
Dalam satu kenyataan, Bangladesh mengesahkan proses kepulangan pelarian dijangka bermula dalam tempoh dua bulan lagi.